Sunday, August 9, 2009

Dari Meja Penyelaras


Dari Meja Penyelaras Program KSS Jabatan Kejuruteraan Mekanikal


Kepentingan ilmu tidak dapat dinafikan sehingga ayat pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah ‘iqra’ iaitu bacalah. Justeru saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara-saudari kerana kesungguhan untuk mendapatkan ilmu sebagaimana yang dituntut oleh agama. Terima kasih juga kerana saudara-saudari telah memilih Politeknik Port Dickson sebagai tempat untuk menimba ilmu.

Pendemokrasian pendidikan telah melahirkan pendidikan sepanjang hayat bagi memberi peluang kepada semua golongan masyarakat mendapat pendidikan. Kini pendidikan boleh diperolehi bukan lagi secara sepenuh masa sahaaja tetapi boleh diikuti kini secara jarak jauh, online dan secara separuh masa. Adalah diharapkan peluang ini dapat dimanfaatkan bagi membina pembudayaan ilmu dan juga peningkatan dalam bidang kerjaya. Sebagai sebuah ke arah negara maju, prasyarat utama adalah modal insan yang ada pada sesebuah negara. Pembinaan modal insan memerlukan sebuah masyarat berilmu dan dan juga sebagai memenuhi hasrat Malaysia menjadi pusat kecemerlangan serantau dalam bidang pendidikan

Program akademik yang dijalankan memberi fokus kepada aspek ‘hands-on’ ‘Programmed Based-Leaning’ dan ‘applied’ untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat terus digunakan terutamanya dalam bidang industri. Saudara-saudari perlu untuk terus mengekalkan budaya membaca kerana melalui pembacaan dapat meluaskan pengetahuaan serta penerokaan ilmu-ilmu baru yang pelbagai dan juga terkini khususnya dalam bidang kejuruteraan

Saya amat berharap agar saudara-saudari terus istiqamah dalam perjuangan menuntut ilmu sebagaimana yang dikatakan tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad. Akhirnya saya mendoakan kejayaan saudara-saudari dalam pembelajaran yang diikuti.


Terima kasih

NOORAZIZI BIN MOHD SAMSUDDIN
Penyelaras Kursus Secara Sambilan DKM

No comments:

Post a Comment